20 Februari 2023 - Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM berbesar hati menerima kunjungan daripada Jabatan Perdana Menteri yang ingin mengadakan perbincangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Perbincangan ini dihadiri oleh 4 orang staf dari Jabatan Perdana Menteri yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta perkongsian pengalaman daripada Pejabat OSH UPM untuk diterap dan diaplikasikan di tempat mereka.
Lawatan yang disarankan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk diadakan UPM itu bermula pada pukul 10.30 pagi dimulakan dengan ucapan aluan dan perkongsian peranan serta fungsi OSH UPM daripada Pengarah OSH UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharuddin dan taklimat berkenaan struktur dan perjalanan OSH UPM telah disampaikan oleh Ketua Seksyen Pengurusan Dan Operasi, Puan Nor Afida Miskam.
Pihak JPM sangat berpuas hati dengan penerangan dan taklimat yg diberikan oleh oleh pihak OSH UPM dan akan terus menjadikan UPM sebagai pakar rujuk untuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) Jabatan Perdana Menteri dalam pelaksaan program KKP di Jabatan Perdana Menteri. Pejabat OSH UPM juga bersetuju memberikan komitmen penuh untuk memberi kerjasama kepada JKK di Jabatan Perdana Menteri, terutamanya dalam memberikan latihan, taklimat pada bila-bila masa diperlukan.
Semoga lawatan ini memberi impak untuk terus memacu program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjadi perkara utama yang diberi keutamaan oleh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.
Date of Input: 20/02/2023 |
Updated: 20/02/2023 | syamimisyakira
MEDIA SHARING