23-24 Julai 2025 - Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM telah menganjurkan Bengkel E-Stok Kimia (Refresher) sesi 1 dan 2. Kursus ini adalah untuk pegawai stor 2025.
Tujuan bengkel ini adalah bagi menerangkan semula proses pendaftaran kod stok, proses perolehan dan penerimaan stok daripada pembekal, proses pengeluaran stok daripada stor dan pelarasan stor. Seramai tiga puluh enam (36) orang keseluruhan peserta telah menghadiri kursus ini pada sesi pertama dan kedua. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Junaidah Md Isa dari Bursar UPM.
Tarikh Input: 24/07/2025 |
Kemaskini: 24/07/2025 | syamimisyakira
PERKONGSIAN MEDIA