SOALAN LAZIM | PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

UMUM
1
Apa yang dimaksudkan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan untuk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

2
Bagaimana cara mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) memerlukan komitmen majikan untuk melakukan 3 langkah di bawah : i. Pernyataan Dasar KKP ii. Perancangan termasuk pelaksanaan HIRARC, latihan, arahan dan audit iii. Tindakan pembaikan


PEMERIKSAAN
3
Di manakah boleh dapatkan Takwim Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (PKK)?

Rujuk Laman Sesawang Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) di bahagian muat turun


KEMALANGAN / ADUAN
4
Bagaimana cara memberitahu tentang kemalangan atau penyakit di tempat kerja atau aduan?

Kes Major : Majikan mestilah memberitahu pejabat JKKP terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja melalui telefon, faks, borang JKKP 6 atau JKKP 7. Kes Minor : PTJ perlu memberitahu PPKKP mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja atau aduan KKP melalui borang JKKP 6 / Aduan di dalam Sistem OSH Online


JENTERA
5
Perlukan mesin/ jentera didaftarkan kepada PPKKP?

Semua mesin/ jentera perlu didaftarkan kepada PPKKP melalui Sistem OSH Online


PENGURUSAN SISA TERJADUAL
6
Di manakah Jadual Pelupusan Sisa Terjadual UPM tahunan boleh diperolehi?

Rujuk Laman Sesawang Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) di bahagian muat turun


LATIHAN KKP
7
Di manakah Takwim Latihan KKP boleh diperolehi?

Rujuk Laman Sesawang Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) di ikon muat turun


KELAB OSH UPM
8
Siapakah yang layak untuk menjadi ahli kelab OSH UPM?

Staf PPKKP, Ahli JKKP-PTJ, Pemeriksa PKK UPM

Kemaskini:: 13/08/2019 [arizad]

PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696950
0397698876
SXEQOAs~