HARI KELUARGA KELAB KEBAJIKAN PKKP UPM 2018 | PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
» BERITA » HARI KELUARGA KELAB KEBAJIKAN PKKP UPM 2018

HARI KELUARGA KELAB KEBAJIKAN PKKP UPM 2018

 

Pahang : Kelab Kebajikan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM telah menganjurkan Hari Keluarga pada 31 Ogos hingga 2 September 2018 di Suriana D’ Royal Lily, Tanah Rata, Cameron Highland. Seramai 60 orang ahli kelab dan anggota keluarga masing-masing hadir dalam suasana yang meriah. Sambutan Hari Keluarga  ini adalah kali ketiga diadakan sejak Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM ditubuhkan.

Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM , Dr. Mohd Rafee dalam ucapannya berkata, aktiviti percutian ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kebajikan dan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara ahli kelab dan ahli keluarga mereka.

Beliau yang juga Pengerusi kelab berkenaan berharap hubungan mesra yang terjalin dapat diperkukuhkan lagi bagi meningkatkan motivasi kerja dan kelancaran operasi PPKKP dalam menyampaikan perkhidmatannya kepada pelanggan.

Pelbagai aktiviti telah diaturkan sepanjang tiga hari dua malam berada disana, seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, jamuan makan malam, karaoke, cabutan bertuah dan lawatan.

Paling mencuri tumpuan ialah aktiviti lawatan secara berkonvoi dengan diketuai Pengerusi Kelab Dr. Mohd Rafee ke Ladang Tea Boh, Sungai Palas, Ladang Strawbery Royal Berry dan Pasar Keam Farm. Peserta berpeluang merakam gambar kenangan bersama ahli keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan ladang teh, memetik sendiri buah strawberry, merasa aiskrim strawberry buatan tangan, membeli hasil tanaman buah-buahan dan sayuran segar.

Selain itu, pemenang hadiah cabutan bertuah turut menerima pelbagai barangan elektrik dan peralatan rumah hasil sumbangan kelab. Acara hari keluarga diakhiri dengan aktiviti bebas, ahli kelab mengambil peluang yang ada sebelum bertolak balik dengan membawa anggota keluarga masing-masing melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highland selain daripada tempat yang telah mereka lawati dalam atur cara program.

Oleh: Arizad bin Azizan  

arizad@upm.edu.my

Tarikh Input: 20/09/2018 | Kemaskini: 21/09/2018 | arizad

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696950
0397698876
SXFJLAn~