PEMBAHARUAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN | PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
» BERITA » PEMBAHARUAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN

PEMBAHARUAN SIJIL PERAKUAN KELAYAKAN



Pada 22 Ogos 2016, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Selangor (JKKP)
telah menjalankan pemeriksaan ulangan terhadap jentera yang mempunyai Sijil Perakuan
Kelayakan. Pemeriksaan daripada pegawai JKKP Selangor ini telah diiringi oleh 2 orang
staf Seksyen Operasi dan Perkhidmatan serta 2 orang pelajar praktikal PPKKP dan lokasi
pemeriksaan di Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, Fakulti Sains, Fakulti
Perubatan Veterinar, FTU-Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Institut
Penyelidikan produk Halal.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk memperbaharui Sijil Perakuan Kelayakan jentera yang
telah tamat tempoh di bawah program PPKKP. Keseluruhan jentera yang terlibat dalam
pemeriksaan ini adalah sebanyak 33 unit bagi kategori Perakuan Mesin Dandang (PMD),
10 unit bagi kategori Perakuan Mesin Tekanan (PMT) dan 1 unit bagi kategori Perakuan
Mesin Angkat (PMA).

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 01/08/2022 | syamimisyakira

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696950
0397698876
SXFJQAQ~