» PERKHIDMATAN » SEKSYEN OPERASI & PERKHIDMATAN DAN UNIT BANTU MULA
SEKSYEN OPERASI & PERKHIDMATAN DAN UNIT BANTU MULA
Pengenalan
Seksyen Operasi dan Perkhidmatan bertanggungjawab dalam mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UPM. Seksyen ini juga dianggotai oleh Unit Bantu Mula yang bertindak untuk memberi tindak balas kecemasan.
Peranan Seksyen Operasi & Perkhidmatan
Menjalankan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ);
Menjalankan Penyiasatan Kemalangan, Aduan, Kejadian Berbahaya, Penyakit Pekerjaan dan Keracunan Pekerjaan;
Mengurus Pelupusan Sisa Terjadual di UPM yang melibatkan sisa kimia dan sisa klinikal;
Mengurus Program Perlindungan Sinaran bagi Lesen Penyelidikan dan Pengajaran;
Mengurus Program Pengawasan Kesihatan terhadap staf yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti;
Mengurus Program Keselamatan Jentera yang melibatkan pembaharuan Sijil Perakuan Kelayakan Jentera (PMA, PMD & PMT);
Melaksanakan Pemantauan Keselamatan Makmal dan Bengkel berdasar kepada Prosedur Pengurusan Makmal/ Bengkel; dan
Menyedia Khidmat Rundingan berkaitan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan.
Peranan Unit Bantu Mula
Memberi Tindakbalas terhadap Kes Kecemasan dan Aduan Kacau Ganggu;
Menjalankan Pemantauan Latihan Pengungsian Bangunan PTJ;
Menjalankan Pemeriksaan Sistem Pencegahan Kebakaran dan Pili Bomba;
Menjalankan Siasatan Awal Kebakaran; dan
Menyediakan Perkhidmatan/ Khidmat Rundingan/ Latihan terhadap kes berkaitan Tindakan Kecemasan.